Kas-kas? Anda tahu ke apa dia? Meh baca...😁
Kas-kas dan Kegunaannya:
Kas-kas adalah biji daripada bunga pokok popi yang sudah masak ranum dan tidak mengandungi bahan kimia narkotik (opium) kerana cecair yang menghasilkan opium pada tunasnya hanya wujud sebelum biji terbentuk sepenuhnya.
Kas-kas ini diambil apabila bunga popi sudah masak dan tidak mengandungi bahan opium, tetapi ada kandungan yang sedikit bahan alkaloid daripada bunga popi, kira-kira 50 bahagian bagi setiap juta.
Kas-kas telah digunakan sebagai perasa makanan sebelum masalah penagihan opium bermula pada kurun ke-17.
Ada laporan yang mengatakan kas-kas mula digunakan sebagai perasa makanan di Eropah sekitar 4,000 tahun yang lalu.
Di negara Barat, selain digunakan dalam pembuatan roti terutamanya bread roll dan kek, kas-kas banyak dijual di pasar raya sebagai bahan perasa campuran salad.
Sementara itu, di negara-negara Asia Selatan, ia dihancurkan dan digaul di dalam kari untuk meningkatkan rasa serta memekatkan kari.
Ada kalanya kas-kas direndam di dalam air untuk dijadikan minuman herba bagi mengurangkan sakit badan. Ia juga boleh dibuat losen untuk melembutkan kulit.
Kas-kas yang terdapat di dalam pasaran tempatan diimport dari beberapa negara luar seperti India kerana selain iklim Malaysia yang tidak sesuai bagi penanaman pokok popi, mengikut undang-undang, ia juga tidak boleh ditanam di negara ini.
Kaitan kas-kas dengan dadah:
Dadah opium iaitu bahan asas di dalam penghasilan heroin, kodeina dan morfin adalah daripada bahan getah alkaloid bunga pokok popi yang belum masak.
Kulit biji muda pokok popi boleh menghasilkan getah yang mengandungi kimia alkaloid. Bahan alkaloid yang utama adalah candu mentah (opium).
Candu ini perlu diproses di makmal untuk menjadi morfin dan kemudian heroin (di mana heroin adalah lebih kuat daripada morfin dan morfin adalah lebih kuat daripada candu).
Candu, kodeina, morfin dan heroin adalah jenis dadah opiat yang mempunyai daya ketagihan tinggi.
Bahan-bahan opiat ini akan bertindak ke otak bahagian rangsangan (nucleus accumbens) dan akan mengubahkan sel otak menyebabkan fikiran seseorang itu hanya tertumpu untuk mendapat dadah tanpa menghiraukan matlamat lain di dalam hidupnya.
Kredit: Faizal R
Bg kami di Saudagar Rasa, Kas kas ni kami dah grind utk dijadikan serbuk dan ia amat penting dlm penghasilan rempah2 kami. Kami akn bersihkan dan sangai nya dahulu utk memberikan aroma dan rasa yg sedap kpd rempah2 keluaran kami. Kami gunakan kas kas ni seminimum mungkin demi kesihatan pengguna semua.😁
Jom dapatkan serbuk kas kas ni dari kami dgn harga RM16/kg.
Hubungi:
Nor Asnah
http://wassap.my/60195512477
Utk pembelian di kilang di Kg Sijangkang,Telok Panglima Garang,Selangor
Qayum
http://wassap.my/60102110994
Utk pembelian secara online
Atau
Di Achik Foodlovers Shop,Blok A, Ground Floor,GM Klang. Sederet dgn Rotiboy
Comments
Post a Comment